Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz membentangkan belanjawan 2023 di Dewan Rakyat hari ini. GAMBAR IHSAN: Jabatan Penerangan

MENTERI Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini membentangkan Bajet 2023 di Dewan Rakyat.

Bajet 2023 adalah yang kedua di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan yang kedua sejak Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dilancarkan pada 27 Sept tahun lepas.

Perdana Menteri sebelum ini berkata kerajaan akan memastikan Bajet 2023 berteraskan kesejahteraan dan kebajikan rakyat segenap lapisan masyarakat dengan mengambil kira cabaran yang bakal dihadapi tahun depan.

Baca artikel berkaitan: Tengku Zafrul ke Parlimen untuk bentang Belanjawan 2023

Menurutnya antara tumpuan utama dalam Bajet 2023 adalah untuk memastikan pemulihan pasca COVID-19 yang turut mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan rakyat serta kelangsungan perniagaan.

Ini merupakan kali ketiga Tengku Zafrul sebagai menteri kewangan membentangkan bajet selepas beliau membentangkannya di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada 2020, manakala tahun lepas untuk kerajaan pentadbiran Ismail Sabri.

Tengku Zafrul membentangkan Bajet 2022 pada 29 Okt 2021 dengan peruntukan tertinggi dalam sejarah berjumlah RM332.1 bilion untuk menyedia dan merancang pelbagai strategi serta inisiatif bagi mensejahterakan rakyat dan membangunkan ekonomi yang makmur serta mampan.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram