Hilux parkir depan rumah lesap dalam tempoh tiga minit

Dari Penulis

SEORANG peniaga terpaksa berputih mata apabila kenderaan pacuan empat roda (4X4) yang diparkir di hadapan rumahnya dekat Taman Desa Indah, Putra Nilai, dicuri sekumpulan individu, awal pagi tadi.

Mangsa S. Dinend, 26, menyedari Hilux yang baru digunakan selama setahun itu dicuri selepas menerima panggilan daripada pusat khidmat pelanggan Toyota.

@utusantvofficial

Kejadian di Taman Desa Indah, Putra Nilai kira-kira pukul 4 pagi tadi. No plat Hilux NAAM 19. Kalau ternampak boleh hubungi balai polis berdekatan. #fyp #trendingnewsmalaysia #beritaditiktok

♬ Scary music horror mystery(1040775) – parts di manta

“Kereta Hilux tersebut mempunyai sistem penggera dan ‘GPS’. Saya terima panggilan memaklumkan kenderaan saya telah dilarikan pada pukul 4.20 pagi,” katanya ketika dihubungi UtusanTV.

Jelasnya lagi, hasil semakan di kamera litar tertutup mendapati suspek yang menaiki kereta Honda Civic berwarna perak telah berhenti di sebelah keretanya sebelum salah seorang suspek membuka kunci kereta dalam masa tiga minit.

“Suspek sangat mahir tentang sistem kereta ini kerana telah menghidupkan enjin tanpa menyebabkan penggera keselamatan berbunyi,” ujarnya.

Katanya, dia telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Nilai mengenai kejadian dan dimaklumkan kenderaan yang dinaiki suspek menggunakan nombor pendaftaran palsu.

Dinend berkata, dia kini giat mendapatkan rakaman kamera litar tertutup di kawasan kejiranan sebagai usaha dalam menjejaki suspek.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Budaya politik jadikan perbezaan wahana capai kuasa mesti ditolak – PM

BUDAYA politik yang menjadikan perbezaan sebagai wahana bagi mencapai puncak kuasa mesti ditolak oleh rakyat. Mesej itu disampaikan Perdana...

More Articles Like This