BAJET 2023 yang dibentangkan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, Jumaat lalu disifatkan amat menarik dan mampu membantu masyarakat di semua lapisan.
Pandangan itu disuarakan Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr. Mahathir Mohamad menerusi rakaman video yang dimuat naik ke akaun Twitter beliau.
Menurut Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), pihaknya juga mahu melaksanakan belanjawan seumpama itu.
Malah, Ahli Parlimen Langkawi itu turut menyatakan GTA menerima sepenuhnya bajet dikemukakan kerajaan itu.
Bagaimanapun, beliau berkata, GTA akan mengkaji untuk menambah baik Bajet 2023 sedia ada yang dibentangkan Tengku Zafrul itu.
Jelas beliau, sekiranya GTA berjaya memperoleh kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti, parti itu akan melaksanakan semua inisiatif yang terkandung dalam belanjawan berkenaan.
“Bajet itu nampak seolah-olah akan bantu semua lapisan iaitu memberi wang kepada semua orang.
“Bagi saya itu amat menarik, saya berpendapat parti kita GTA juga nak amalkan bajet yang semacam (itu).
Baca artikel berkaitan: Pilih BN untuk pastikan Bajet 2023 direalisasikan – Ismail Sabri
“Kita mungkin kaji sama ada kita boleh perbaikkan lagi bajet itu tapi bajet itu kita terima sepenuhnya.
Jika ada tempat-tempat yang kita boleh perbaiki jadi lebih baik, kita akan usaha tetapi kita tak akan kurangkan apa yang telah dimasukkan dalam belanjawan yang dikemukakan dalam Dewan (Rakyat) oleh Tengku Zafrul sebagai Menteri Kewangan,” katanya dalam video tersebut.
Jumaat lalu, Tengku Zafrul membentangkan belanjawan bertemakan ‘Keluarga Malaysia, Makmur Bersama’ yang menyaksikan sebanyak RM372.3 bilion diperuntukkan – nilai tertinggi berbanding bajet-bajet sebelum ini.
Belanjawan tahun hadapan itu menyediakan RM272.3 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan RM95 bilion untuk belanja pembangunan.
Pada masa sama, sebanyak RM5 bilion akan diletakkan di bawah Kumpulan Wang COVID-19.
Bajet 2023 yang merupakan dasar fiskal mengembang itu akan dipandu agenda 3R iaitu Responsive (responsif); Responsible (bertanggungjawab) dan Reformist (reformis).
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

