Ibu bersama bayi tiga bulan maut dalam kemalangan

Dari Penulis

Seorang wanita dan bayi berusia tiga bulan maut manakala suaminya cedera parah selepas kereta Perodua Myvi dinaiki dipercayai bertembung dengan kereta jenis Mercedes dari arah bertentangan di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands tengah hari tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata wanita yang meninggal dunia dikenali sebagai Nor Syahira Mohd Fadhail, 23, beralamat di Kedah manakala suaminya Amyroul Shah Huszaiery, 23, beralamat di Putrajaya.

“Kami segera mengerahkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai bagi kerja-kerja menyelamat sebaik menerima panggilan pada pukul 12.46 tengah hari,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata anggota bomba yang diketuai Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Saiful Yazan Shahril bertindak mengeluarkan Amyroul Shah yang tersepit di bahagian pemandu menggunakan peralatan khas dan operasi tamat pada pukul 2.54 petang.

Menurutnya lelaki yang memandu kereta Mercedes mengalami kecederaan ringan dan mereka yang cedera diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan manakala dua yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fahmi kesal tindakan Chean Chung letak jawatan dalam PKR

KETUA Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil meluahkan rasa kesal terhadap tindakan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung yang...

More Articles Like This