Ada parti tidak mahu peratusan mengundi tinggi – Azmin

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

“HAKIKATNYA, ada parti politik yang tidak mahu melihat peratusan keluar mengundi tinggi.”

Itu dakwa Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang berpendapat itu menjadi punca sebenar mengapa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan dalam musim hujan lebat dan kemungkinan banjir besar.

Mohamed Azmin mendakwa, peratusan keluar mengundi yang rendah akan memberi lebih peluang kepada parti itu untuk menang.

Pengerusi Perikatan Nasional Selangor, Datuk Seri Azmin Ali GAMBAR: Abd Razak Aid

Namun begitu, Mohamed Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak tidak menamakan parti yang dikatakan.

Walau bagaimanapun, beliau menegaskan, PN tidak gentar dengan kedegilan dan keangkuhan UMNO.

“PN akan menyertai pilihan raya dengan tekad untuk meneruskan agenda prihatin rakyat serta mengangkat martabat umat dan negara.

“PN siap siaga untuk menyertai PRU-15 dengan semangat yang tinggi bagi menyelamatkan negara dan rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Pembentangan Belanjawan 2023 hanya sia-sia – Azmin

Mengulas lanjut, Mohamed Azmin berkata, PN juga menekankan peri penting kerajaan untuk memberi tumpuan kepada usaha-usaha bagi menghadapi kemungkinan banjir besar akibat Monsun Timur Laut sehingga awal tahun hadapan.

Katanya, ini termasuk persiapan dari segi kelengkapan aset penting, bantuan makanan dan keperluan asas, akses kepada perkhidmatan kesihatan serta bantuan pasca banjir.

Jelas beliau, PN sentiasa meletakkan kepentingan dan keselamatan rakyat sebagai agenda terpenting.

“PN beriltizam untuk terus mengorak langkah menjana kekayaan negara, memacu pertumbuhan ekonomi lestari, menyediakan peluang pekerjaan berkualiti, meningkatkan taraf kehidupan rakyat dan menjamin kemakmuran bersama.

“Justeru, saya menyeru seluruh rakyat Malaysia yang layak mengundi untuk keluar beramai-ramai bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat demi masa depan nusa dan bangsa,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua lelaki didakwa pasang skimmer ATM, cuba curi data pelanggan bank

TAKTIK licik dua lelaki tempatan memasang peranti skimmer pada mesin juruwang automatik (ATM) bagi mencuri maklumat perbankan pelanggan berjaya...

More Articles Like This