PEMBENTANGAN Belanjawan 2023, Jumaat lalu disifatkan hanya sia-sia selepas Parlimen telah secara rasmi dibubarkan semalam.
Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut menyifatkan pembentangan Belanjawan 2023 itu telah membazir sumber tenaga dan masa anggota perkhidmatan awam yang telah mengerah fikrah serta tenaga.
Menurut beliau, perkembangan politik semasa jelas menggambarkan UMNO gagal merasai denyutan nadi rakyat.
Pada masa sama, kata beliau, UMNO turut gagal besama rakyat dalam situasi pemulihan ekonomi serta keadaan cuaca yang amat mencabar.
Mohamed Azmin berkata, keutamaan seharusnya ditumpukan untuk membantu rakyat mengharungi cabaran semasa dan memulakan kehidupan yang lebih terjamin.
“Pendirian PN tuntas dan bertanggungjawab supaya tumpuan sepenuhnya diberikan keapda usaha-usaha mencerdaskan dan meulihkan ekonomi negara.
“Ia termasuk menyediakan bantuan kewangan buat para peniaga kecil bagi meneruskan aktiviti perniagaan, melanjutkan moratorium untuk tempoh yang lebih munasabah, mengawal inflasi serta terus berusaha mencipta peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan: PN hormati keputusan bubar Parlimen, ikut Perlembagaan – Muhyiddin
Mengulas lanjut, Mohamed Azmin yang juga Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, kerajaan PN telah melaksanakan pakej rangsangan ekonomi bernilai RM530 bilion yang menyentuh dan memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat termasuk peniaga kecil, orang bujang, majikan dan pekerja serta industri.
Tegas beliau, itulah fokus PN untuk memulihkan ekonomi rakyat dan negara.
Jelasnya, pertumbuhan ekonomi negara pada suku tahun kedua 2022 sebanyak 8.9 peratus dan prestasi pelaburan serta perdagangan yang amat memberangsangkan adalah hasil langsung daripada Dasar Pelaburan Baharu yang diluluskan kerajaan PN pada April 2021.
Mohamed Azmin berkata, PN sentiasa komited untuk berkhidmat dan menjamin kesejahteraan anak watan.
“Tahun 2021, kerajaan PN telah mencipta hampir 300,000 peluang pekerjaan baharu dan sehingga suku kedua tahun 2022 telah melonjak kepada 539,000 peluang pekerjaan diberikan kepada rakyat Malaysia.
“Dalam tempoh pentadbiran PN, seluruh warga FELDA telah menikmati manfaat daripada penghapusan hutang yang ditanggung bertahun-tahun oleh peneroka FELDA,” jelas beliau.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

