Pengetua, guru besar berperanan penting dalam dasar pendidikan – Radzi Jidin

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

PENGETUA dan guru besar berperanan penting dalam menerajui kepimpinan sekolah dan melancarkan pelaksanaan dasar pendidikan.

Perkara itu menurut Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin, generasi yang hebat akan sentiasa melahirkan generasi yang lebih baik.

Beliau juga mengingatkan kepada semua pengetua dan guru besar agar melaksanakan amanah dengan sebaiknya demi memastikan pendidikan terbaik untuk anak-anak.

“Malam tadi saya bersama-sama hampir 400 orang Pengetua dan Guru Besar serta pegawai Kementerian Pengajian Malaysia (KPM) dalam  Majlis Perasmian Mustaqa Pengetua dan Guru Besar Sekolah Agama KPM ke-6 tahun 2022 di Hotel Summit USJ. 

“Dalam konteks pengurusan sekolah agama, peranan pengetua dan guru besar amat penting dalam menerajui kepimpinan sekolah dan melancarkan pelaksanaan dasar pendidikan.

“Waktu saya nak umumkan, pengambilan guru secara one-off, seramai 18,702. Semua orang tidak percaya. 

Baca lagi: Aset Kementerian Pendidikan sedia diguna untuk banjir atau PRU – Radzi

“KPM sentiasa berusaha untuk meningkatkan kecekapan kepimpinan sekolah selari dengan elemen dan nilai murni. 

“Ini termasuk penerapan dan amalan ajaran Islam, termasuk menekankan kepentingan kepimpinan yang bersih, amanah, prihatin dan pada masa yang sama cekap dan profesional,” katanya dalam Facebook hari ini.

Mohd Radzi turut mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pengetua dan guru  besar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

Katanya, beliau berharap agar semua pihak terus istiqamah dan komited dalam membentuk generasi baharu dengan peribadi yang baik dan berilmu pengetahuan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Jaslinda ditemui selamat berhampiran Pos Musoh

MISTERI pendaki wanita yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih sejak 23 Mei lalu akhirnya...

More Articles Like This