Kerajaan setuju mendedahkan laporan Pasukan Petugas buku Tommy Thomas – PM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KERAJAAN bersetuju menyahklasifikasikan dan mendedahkan laporan Pasukan Petugas Khas Siasatan ke atas dakwaan-dakwaan dalam buku tulisan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Keputusan tersebut diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan hari ini.

Menurut Perdana Menteri, ia susulan pembentangan pasukan petugas khas itu dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 30 September lalu.

“Susulan pembentangan Laporan Pasukan Petugas Khas Siasatan ke atas dakwaan-dakwaan dalam buku bertajuk ‘My Story: Justice in The Wilderness’ tulisan Tommy, kerajaan telah bersetuju untuk menyahklasifikasikan dan mendedahkan laporan tersebut kepada umum.

“Pelaksanaan pasukan petugas khas ini secara keseluruhannya menjelaskan komitmen kerajaan untuk penyelesaian terbaik berkaitan perkara ini demi kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri mengarahkan siasatan lanjut terhadap kemungkinan salah laku oleh Tommy dilaksanakan dengan segera.

Beliau mengarahkan supaya siasatan dilaksanakan mengikut Seksyen 124I Kanun Keseksaan; Seksyen 4 Akta Hasutan 1948; Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Baca artikel berkaitan: Buku “My Story: Justice in the Wilderness”: PM arah siasat kemungkinan salah laku Tommy Thomas

Hujung September lalu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan kerajaan wajar mendedahkan laporan hasil siasatan ke atas buku memoir Tommy yang sudah disiapkan Pasukan Petugas Khas.

Tegas Ahmad Zahid, laporan itu tidak sepatutnya dibiarkan disimpan terlalu lama kerana dibimbangi kontroversi akan mengulangi kertas siasatan kes Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Ogos lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar memaklumkan laporan akhir pasukan petugas khas siasatan terhadap dakwaan dalam buku “My Story: Justice in the Wilderness” tulisan Tommy akan dibentangkan kepada jemaah Menteri dalam masa terdekat.

Katanya, pembentangan itu ia bagi mendapatkan arahan dan mandat berhubung tindakan susulan yang perlu dilaksanakan.

Beliau berkata, pasukan petugas khas itu yang dipengerusikan oleh Penasihat Undang-Undang kerajaan Sarawak, Datuk Seri Fong Joo Chung, mengenal pasti 19 isu penting daripada buku itu yang memerlukan perhatian lanjut pihak kerajaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anwar menghadap TMJ dalam suasana mesra, harmoni

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, hari ini. Menurut...

More Articles Like This