PAKATAN Harapan (PH) dijangka melancarkan manifesto gabungan itu sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada Khamis depan (20 Okt).
Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelancaran manifesto itu adalah sempena Konvensyen PH di Pusat Konvensyen Antarabangsa Ipoh, Perak yang diawalkan daripada jadual asal pada 29 Okt.
“…kita tidak mahu (manifesto) yang panjang, (sebaliknya) kita akan cuba sedaya upaya sebaik mungkin. Tetapi teras manifesto mesti (berkaitan) kos sara hidup, pendidikan, kemudahan kesihatan, peluang pekerjaan serta menghapuskan rasuah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.
Baca artikel berkaitan: PRU-15: PH adakan kerjasama politik dengan MUDA
Sementara itu, beliau berkata, pintu untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak sentiasa terbuka namun ia harus berlandaskan prinsip tertentu dan bukan hanya untuk melawan UMNO serta Barisan Nasional selain PH turut bersetuju mengadakan pakatan pilihan raya dengan MUDA dan Parti Sosialis Malaysia.
Anwar turut mengumumkan penyertaan dua ahli baharu PKR iaitu bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi yang juga pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff.
Pada 7 Okt lepas, Rais Hussin mengumumkan keluar daripada Bersatu selepas menghantar surat rasmi mengenai perkara itu sehari sebelumnya.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

