Hargai jasa pesara, kerajaan umum dana khas RM200,000 kepada Persatuan Bekas Polis Malaysia

Dari Penulis

DANA khas RM200,000 diperuntukkan kepada Persatuan Bekas Polis Malaysia dan RM100,000 kepada Persatuan Bekas Polis Pahang, sebagai menghargai jasa pesara pasukan keselamatan itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata peruntukan itu juga bertujuan memastikan kebajikan pesara polis yang membantu menjaga keselamatan negara sepanjang perkhidmatan mereka, terus terjaga dan dibela.

“Apabila cakap soal pesara, mereka (pesara) selalu nak dengar pengumuman kerajaan khusus untuk pesara, tetapi kerajaan sebenarnya telah umum pelbagai pinjaman perniagaan, (misalnya) TEKUN (Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga) yang diperuntukkan sejumlah besar, meliputi semua termasuk pesara.

“Jadi sebenarnya banyak program diumumkan kerajaan di bawah latihan Perkeso, HRD Corp yang tak sebut secara terperinci kepada pesara, namun jelas bahawa pesara memang tidak dipinggirkan,” katanya pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Bekas Polis Malaysia Negeri Pahang kali ke-42 di Bera hari ini.

Ismail Sabri turut memaklumkan pengecualian cukai kepada individu dan badan korporat yang memberi dana kepada persatuan atau badan yang tidak membuat keuntungan seperti Persatuan Bekas Polis Malaysia. 

Dalam pada itu Ismail Sabri berharap pesara polis dapat terus mempertahankan kerajaan seperti semasa mereka berkhidmat, selagi pemerintah negara tidak melakukan sebarang kemungkaran. 

“Barisan hadapan negara yang menjaga keselamatan dan mempertahankan kerajaan adalah tentera serta polis; dan waktu bertugas dalam pasukan keselamatan, memang sumpah setia mempertahankan kerajaan,” katanya. 

Perdana Menteri menjelaskan sekiranya Barisan Nasional diberi peluang untuk terus mentadbir negara, Bajet 2023 akan dibentangkan semula dan segala bantuan serta inisiatif yang dirangka bakal dilaksanakan  untuk manfaat rakyat.

“Dalam Bajet 2023 sudah menyeluruh, kalau kerajaan yang berbeza, tak tahu lagi bajet apa yang akan dibentangkan,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Polis siasat pekerja restoran aniaya kucing, masukkan dalam guni di Teluk Intan

POLIS menjalankan siasatan kes seorang lelaki dipercayai pekerja sebuah restoran di Taman Melor, Teluk Intan disyaki menganiaya seekor kucing...

More Articles Like This