Lebih 29,000 tandatangan petisyen sokong Cikgu Fadli

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

LEBIH 29,000 tandatangan diterima di kalangan netizen menerusi petisyen dalam talian bagi membantah dakwaan tindakan tatatertib terhadap seorang guru yang tular di media sosial.

Petisyen tersebut dimulakan oleh individu dikenali sebagai Jamal Yunuh di laman web change.org dengan tajuk ‘Petisyen Tuntut Keadilan Untuk Cikgu Fadli Salleh’.

Sejak dilancarkan dua hari lalu, petisyen sudah menerima sebanyak 29,604 tandatangan setakat pukul 3 petang.

“Cikgu Mohd Fadhli Salleh merupakan seorang guru yang berusaha keras untuk memastikan sistem pendidikan negara di landasan yang betul.

“Selaku seorang guru, beliau menginginkan keadilan dalam sistem pendidikan negara. Ayuh kita bersama dalam perjuangan Cikgu Mohd Fadhli Salleh!,” kata Jamal Yunuh dalam catatan menerusi petisyen itu.

Baca artikel berkaitan: Isu Cikgu Fadli: PM harap keputusan menang-menang

Terdahulu, Cikgu Mohd Fadhli Mohamed Salleh mendakwa, berdepan tindakan tatatertib oleh Kementerian Pendidikan (KPM) susulan hantaran di platform media sosial yang menyuarakan pandangan berhubung beberapa isu melibatkan sistem pendidikan negara.

Guru di Sekolah Kebangsaan (1) Gombak itu mendakwa, akan dikenakan tindakan buang kerja atau diturunkan pangkat kerana ‘mengkritik’ isu melibatkan sistem pendidikan, beg sekolah, silibus subjek, masa belajar dan bilangan murid di dalam kelas.

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali pada Ahad berkata, surat tersebut tidak bermaksud hukuman telah dijatuhkan oleh Lembaga Tatatertib.

Sebaliknya, kata Pkharuddin, ia bertujuan memaklumkan Mohd Fadli berkenaan dakwaan yang diterima lembaga berkenaan.

Menurut Pkharuddin lagi, surat tersebut juga bertujuan memaklumkan keperluan Mohd Fadli mengemukakan representasi atau penjelasan bertulis.

Dalam perkembangan sama, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Md Jidin memaklumkan menerusi akaun Facebooknya hasratnya untuk bertemu Mohd Fadli.

Perkara ini turut menarik perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang berharap agar situasi menang-menang dapat dicapai.

Beliau turut berharap perkara positif dapat didengari selepas selesai mesyuarat Jawatankuasa Displin KPM yang bersidang pada Isnin.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

SKDS diperluas kepada jip, pikap syarikat mulai 15 Julai

KERAJAAN memperluaskan kelayakan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) kepada kenderaan persendirian syarikat kategori jip dan pikap, sekali gus membolehkan...

More Articles Like This