Parlimen Tasek Gelugor akan kembali pada UMNO – Ismail Sabri

Dari Penulis

NAIB Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerusi Parlimen Tasek Gelugor akan kembali ke pangkuan UMNO melalui kemenangan yang akan diraih pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ismail Sabri yang juga Perdana Menteri berkata, tujuan beliau turun ke kawasan Tasek Gelugor hari ini adalah untuk memastikan kerusi tradisi UMNO itu kembali kepada UMNO setelah ‘lari’ kepada parti lain walaupun UMNO memenangi kerusi itu pada  PRU-14.

Pada PRU14, kerusi Parlimen Tasek Gelugor dimenangi penyandangnya Datuk Shabudin Yahaya yang bertanding atas tiket UMNO ketika itu, namun beliau kemudiannya menyertai Bersatu pada Disember 2018.

“Saya yakin, kerusi ini akan kembali kepada pangkuan kita (UMNO),” katanya dalam ucapan perasmian Program Pemantapan Komuniti Bandar Keluarga Malaysia hari ini.

Baca artikel berkaitan: Pilih bajet, bukan manifesto ‘bulan dan bintang’ – Ismail Sabri

Ditemui pemberita selepas itu dan ditanya kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Presiden Bersatu yang yakin Bersatu akan memenangi kerusi Tasek Gelugor itu, Ismail Sabri berkata semua yang bertanding harus ada keyakinan.

“Yang pasti, saya lebih yakin daripada beliau (Muhyiddin) sebab kerusi ini dulu dimenangi oleh UMNO bukan Bersatu tapi bekas Ahli Parlimen sini lompat ke sana. Waktu tsunami politik pun kerusi ini dimenangi oleh UMNO,” katanya.

Ismail Sabri berkata senarai pendek calon untuk kerusi Parlimen Tasek Gelugor telah diserahkan kepada lima pemimpin tertinggi UMNO (Top 5) untuk penilaian.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

SKDS diperluas kepada jip, pikap syarikat mulai 15 Julai

KERAJAAN memperluaskan kelayakan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) kepada kenderaan persendirian syarikat kategori jip dan pikap, sekali gus membolehkan...

More Articles Like This