Lebuhraya DASH rekod kemalangan maut pertama, ragut nyawa penunggang motosikal

Dari Penulis

LEBUHRAYA Bertingkat Damansara Shah Alam (DASH) yang baharu dibuka Khamis lalu merekod kemalangan maut pertama melibatkan seorang penunggang motosikal tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kemalangan melibatkan sebuah motosikal jenis SYM VF3I di Kilometer 15.7, pada pukul 12.05 tengah malam.

Beliau berkata, mangsa dipercayai dalam perjalanan dari Penchala ke Denai Alam telah terbabas lalu melanggar pembahagi jalan dan terjatuh di atas jalan raya.

“Mangsa seorang lelaki warga tempatan berusia 24 tahun disahkan maut di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan : SUKE rekod kemalangan pertama libatkan Myvi kuning, motosikal

Jelasnya, siasatan kini dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sehubungan itu, saksi kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Muhammad Hisyam Azih di talian 017-7378704 bagi membantu siasatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel bersubsidi turun kepada RM2.10 seliter mulai Julai

BERITA baik buat orang ramai apabila Kerajaan MADANI bersetuju menurunkan harga diesel bersubsidi untuk rakyat kepada RM2.10 seliter mulai...

More Articles Like This