PRU-15: Pengundian 19 Nov, penamaan calon 5 Nov

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November sebagai tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, tarikh penamaan calon bagi pilihan raya berkenaan ditetapkan pada 5 November manakala pengundian awal pada 15 November.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.66 Bugaya, juga diadakan serentak dengan PRU-15.

Urusan semua kategori undi pos luar negara dan dalam negara telah dibuka bermula pada 10 Oktober untuk PRU-15 manakala 13 Oktober 2022 bagi PRK DUN N.66 Bugaya.

Permohonan undi pos untuk kategori 1B (warganegara Malaysia yang berada di luar negara) dan kategori 1C (agensi/organisasi) dilaksanakan secara dalam talian.

Manakala tarikh tutup permohonan pula adalah seperti berikut:

i (a): Petugas pilihan raya, ahli SPR, anggota polis, anggota tentera dan petugas media pada 2 November.

(b): Warganegara Malaysia yang berada di luar negara pada 23 Oktober

(c): Agensi serta organisasi pada 26 Oktober.

Tempoh berkempen ditetapkan 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 5 November sehingga 11.59 malam, 18 November ini.

Bagi menjalankan proses PRU-15 dan PRK DUN N.66 Bugaya, SPR telah melantik 222 pegawai pengurus pilihan raya dibantu 1,264 penolong pegawai pengurus.

Bagi tujuan membantu aktiviti kempen pilihan raya sepanjang tempoh rasmi berkempen, SPR telah menubuhkan 625 Pasukan Petugas Kempen Pilihan Raya (PP-KPR).

Pasukan itu dianggotai oleh wakil-wakil daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), dan wakil-wakil calon yang bertanding.

Daftar Pemilih Pilihan Rraya (DPPR) yang akan digunakan untuk PRU-15 dan PRK DUN N.66 Bugaya adalah daftar pemilih terkini sehingga daftar pemilihan tambahan Ogos yang dikemaskini hingga 9 Oktober lalu.

Menurut Abdul Ghani, DPPR itu mengandungi seramai 21,137,638 orang pemilih.

Pengumuman itu dibuat beliau pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas SPR berhubung PRU-15  hari ini.

Baca lagi: Parti politik mula atus strategi, intai kerusi menjelang pengumuman tarikh PRU-15

Pada 7 Okt lepas, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menamatkan enam ordinan dan proklamasi darurat bagi menangguhkan PRK Parlimen Batu Sapi, Gerik dan DUN Bugaya yang diisytiharkan pada November dan Disember 2020, berkuat kuasa 6 Okt lepas.

Susulan pembubaran Parlimen ke-14, Ismail Sabri turut menasihati semua ketua kerajaan negeri kecuali Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor untuk mendapatkan perkenan Sultan dan Yang Dipertua Negeri untuk membubarkan DUN masing-masing bagi membolehkan pilihan raya diadakan serentak.

PRU kali ini berlainan apabila beberapa DUN tidak dibubarkan antaranya Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak kerana belum mencapai tempoh matang.

Begitupun, tiga negeri di bawah pentadbiran Pas iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah serta tiga negeri di bawah Pakatan Harapan iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan tidak membubarkan DUN masing-masing.

Hanya Perak, Pahang dan Perlis membubarkan DUN masing-masing untuk membolehkan PRN diadakan serentak dengan PRU15.

Tempoh mandat kerajaan Persekutuan sepatutnya berakhir pada Julai 2023.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anwar menghadap TMJ dalam suasana mesra, harmoni

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, hari ini. Menurut...

More Articles Like This