KEMALANGAN antara sebuah Perodua Myvi kuning dengan motosikal merupa kes pertama direkodkan di Leburaya Duta-Ulu Kelang (SUKE) sejak ia dibuka pada Jumaat lalu.
Kemalangan tersebut berlaku semalam, kira-kira pukul 2.45 petang ketika Perodua Myvi berhenti di lorong kecemasan untuk menikmati pemandangan dan mengambil gambar.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, kejadian berlaku berhampiran Tol Bukit Teratai.
Katanya, siasatan awal mendapati Perodua Myvi yang berhenti itu dilanggar sebuah motosikal jenis Suzuki yang datang dari arah sama.
“Akibat kemalangan tersebut, penunggang motosikal mengalami kecederaan di bahagian kaki dan telah di hantar ke Hospital Ampang bagi menerima rawatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan : Polis buru lelaki samseng ludah cermin kereta Myvi
Kes kini disiasat dibawah Kaedah 16 LN 166/59 iaitu halangan sehingga menyebabkan kemalangan.
Sehubungan itu Mohamad Farouk menasihati orang ramai untuk tidak berhenti di lorong kecemasan jika tiada sebarang perkara keperluan atau kecemasan.
Tambahnya, berhenti di lorong kecemasan adalah menjadi satu kesalahan dan boleh dikompaun sehingga RM300.
Selain itu, tindakan individu yang sewenang-wenangnya berhenti di lorong kecemasan boleh mengundang padah kepada diri sendiri dan juga pengguna jalan raya yang lain.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

