MPM sanggah rencana James Chin, orang Cina didiskriminasi di Malaysia

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

MAJLIS Perundingan Melayu (MPM) menyanggah rencana tulisan Prof James Chin yang disiarkan Political Quarterly bahawa masyarakat Cina didiskriminasi oleh orang Melayu di negara ini.

Perkara itu dinyatakan oleh Dr Rais Saniman dalam Siri Randau Ke-15, MPM bertemakan ‘Api Dalam Sekam’ yang membincangkan tentang rencana itu, hari ini.

Rais menolak secara menyeluruh rencana James yang antara lain mendakwa, kerajaan didominasi orang Melayu bertindak sebagai sebuah kerajaan bersikap perkauman.

Beliau menegaskan, sejak merdeka, masyarakat di Malaysia dibentuk berasaskan penyatuan dalam kepelbagaian yang memperlihatkan hak sama rata antaranya dalam politik dan sosioekonomi.

Tegasnya, hak kesemua kaum dipelihara oleh empat dokumen iaitu Perlembagaan Persekutuan, Artikel 153, Rukun Negara dan hak asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Majlis Perundingan Melayu (MPM), Tun Mohd Hanif Omar (duduk, kiri sekali) bergambar bersama peserta selepas majlis Randau Ke-15 yang bertemakan ‘Api Dalam Sekam’ anjuran MPM di Wisma MPM Kuala Lumpur, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Baca artikel lain: Kenapa masyarakat Cina skeptikal dengan Islam – “Rasa Islam itu mundur”

“Rumusan saya berdasarkan pengalaman selama 60 tahun semenjak merdeka, dari segi politik tiada diskriminasi, semua sama rata, semua rakyat Malaysia tanpa mengikut kaum dilayan sama rata.

“Orang Melayu tidak memiliki dua undi, Cina satu undi, India satu undi setiap seorang, maknanya analisa Professor Chin tidak betul,” katanya.

Siri Randau Ke-15 turut menampilkan Tan Sri Dr Yussof Latiff dan Ahmad Atil sebagai panel.

Katanya lagi, Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang sering dipolemikkan sebagai berat sebelah tidak pernah menidakkan hak bangsa lain meskipun menitikberatkan orang Melayu.

Sebaliknya, kata Rais, orang Melayu pula yang ditolak keluar daripada sektor ekonomi swasta selepas British mengambil keputusan untuk pulang ke tanah air mereka.

“Faktanya DEB ini mempertahankan hak asasi orang Cina, satu sen pun harta (orang) Cina tidak kita ambil sampai hari ini melalui dasar itu.

“Dari segi ekonomi DEB mempertahankan hak asasi mereka (orang Cina) bukan kita diskriminasikan dia,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Tiga lelaki warga asing ditahan kes curi dan dadah

TIGA lelaki warga asing ditahan dalam dua operasi berasingan yang dijalankan Strike Team Balai Polis Tawau selepas dipercayai terbabit...

More Articles Like This