“BIAR durian itu masak, luruh, jatuh. Lok (biarkan) jadi tempoyak.”
Itu kata Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang secara sinis membalas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Abdul Hadi membalas kenyataan Ahmad Zahid sebelum ini yang ‘memberi amaran’ kepada Pas bahawa durian mempunyai duri tajam yang boleh melukakan jika terkena kepala atau badan.
Dalam video yang dimuatnaik ke Facebook, Abdul Hadi mendakwa beliau mendengar kenyataan Ahmad Zahid menyamakan UMNO dengan durian manakala Pas pula hanyalah timun.
Namun kata beliau, durian pun lama-lama akan menjadi tempoyak.
“Saya dengan kenyataan dia. Jaga dia kata… kami (UMNO) ini durian, Pas (pula) timun.
“Ha tak apa, biarlah kamu durian, kami timun tak apa. Kita sabar. Kita lok (biarkan).
“Lepas jadi tempoyak, selam (cicah) dalam budu. Ambil timun tenyeh di atas (tempoyak). Akan tiba masanya,” katanya.
Baca artikel berkaitan: Pas terbuka untuk rundingan jika UMNO mahu bekerjasama
Video tersebut difahamkan merupakan klip ucapan Abdul Hadi pada program Himpunan Penyatuan Ummah di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam tadi.
16 Oktober lalu, Ahmad Zahid menzahirkan kekecewaan susulan kenyataan Abdul Hadi menyamakan kerjasama antara kedua-dua parti itu sebagai ‘durian mentah’.
Menurut Ahmad Zahid, tindakan label-melabel pihak lain dengan sesuatu yang buruk disifatkan tidak wajar.
Walaupun kerjasama UMNO dengan Pas dilabel sebagai ‘durian mentah’, namun, Ahmad Zahidi mengingatkan Abdul Hadi bahawa raja buah itu juga mempunyai duri yang tajam.
Sebelum itu, media melaporkan Abdul Hadi menyatakan tindakan Pas menangguhkan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) kerana menyifatkan UMNO sebagai parti yang ‘keruh’.
Katanya, ‘kekeruhan’ yang dimaksudkan ialah masih terdapat kes melibatkan penerima rasuah yang belum selesai.
Malah Presiden Pas itu juga menganggap kerjasama yang dijalinkan antara partinya dengan UMNO sebagai ‘durian mentah’ yang boleh menyebabkan seseorang mengalami perut kembung jika dimakan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

