Polis tahan seorang suspek kes tembak di Salor

Dari Penulis

Polis Kelantan menahan seorang lelak berusia 35 tahun bagi membantu siasatan kejadian kes tembak sehingga mendatangkan kecederaan kepada seorang lelaki di Kampung Aur Tebing, Salor, Kota Bharu, semalam.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

“Pihak polis menerima laporan kejadian sekitar pukul 11.30 tengah malam tadi daripada pihak Hospital Pasir Mas (HPM) yang memaklumkan seorang lelaki cedera akibat ditembak.

“Berdasarkan laporan, lelaki itu sempat menelefon rakannya bagi memaklumkan bahawa dia ditembak dan berada di Kedai Nasi Lemak 43, Salor, dan memerlukan bantuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata lelaki yang mengalami kecederaan di bahagian paru-paru kanan itu kemudiannya dihantar ke HPM dengan ambulans, sebelum dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II di sini untuk rawatan lanjut. 

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

13 Ahli Parlimen Bersatu desak parti keluar PN, dakwa Muhyiddin punca keretakan

SERAMAI 13 Ahli Parlimen Bersatu menggesa parti itu segera keluar atau dikeluarkan daripada Perikatan Nasional (PN), susulan keputusan Pas...

More Articles Like This