TIGA ahli Geng Ramesh ditahan polis di dua lokasi berbeza selepas menyamun seorang buruh warga asing di hadapan sebuah kilang di Telok Panglima Garang.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh, suspek pertama ditahan pada pukul 11 malam hari Sabtu lalu dan hasil soal siasat membawa kepada tangkapan dua lagi suspek pada pukul 3 pagi kelmarin.
Katanya, polis menerima laporan mengenai kejadian daripada mangsa seorang pekerja buruh warga asing berusia 37 tahun pada Jumaat.
Beliau berkata, wang tunai sebanyak RM33,000 yang dikumpul daripada rakan sekerja untuk dihantar ke kampung halaman dan sebuah telefon bimbit jenis Vivo milik mangsa telah disamun oleh dua lelaki yang bersenjatakan kayu.
“Polis menemui semula barang-barang dan wang tunai milik mangsa serta barangan yang digunakan semasa kegiatan samun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan : Polis sahkan 2 kejadian samun bersenjata guna Proton Waja kelabu
Jelasnya, turut dirampas sebuah kereta jenis Perodua Myvi, sebuah motosikal jenis Yamaha LC 135 dan wang tunai sebanyak RM 19,500.
Ahmad Ridhwan berkata, kesemua suspek berusia 28 hingga 47 tahun itu mempunyai rekod lampau jenayah dan ditahan reman selama lima hari.
Katanta, kes kini disiasat dibawah Seksyen 395 atau 397 Kanun Keseksaan iaitu melakukan samun bersenjata secara berkumpulan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

