PH tak perlu jawab bagi pihak Tommy Thomas – Anthony Loke

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

“KALAU rasa ada kes menyalahi undang-undang, biar pihak berkuasa menyiasat, Pakatan Harapan (PH) tak payah menjawab bagi pihak (Tan Sri) Tommy Thomas.”

Itu kata Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook ketika ditanya mengapa PH seolah-olah berdiam diri berhubung hasil siasatan melibatkan buku memoir tulisan Tommy Thomas.

Menurut Anthony, terpulang kepada pihak berkuasa untuk membuat siasatan terhadap Tommy.

Kata beliau, Tommy bukanlah ahli politik, malah bukan sebahagian daripada mana-mana ahli dalam parti PH.

“Dia ialah bekas Peguam Negara, dia bukan orang PH walaupun beliau dilantik semasa pentadbiran kerajaan PH.

“Saya yakin Tommy akan pertahankan diri beliau sendiri. Sekiranya ada kes, biar pihak berkuasa menyiasat,” katanya.

Baca artikel berkaitan: Tommy Thomas dipercayai lakukan empat kesalahan – PM

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam bahawa tindakan berdiam diri PH dan Perikatan Nasional (PN) berhubung hasil siasatan Pasukan Petugas Khas (PPK) terhadap buku Tommy Thomas itu seolah-olah menunjukkan kedua-dua gabungan itu bersalah.

Mengulas lanjut, Anthony berkata, pihaknya tidak akan terperangkap dalam jerat yang dimainkan Perdana Menteri berhubung isu Tommy Thomas itu.

“Kita tahu (Ismail Sabri) nak jadikan ini sebagai isu politik, awal-awal dia dah cakap nak jadikan ini sebagai peluru.

“Kita tak mahu masuk ke dalam perangkap mereka,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

KESUMA komited realisasi aspirasi TVET 2.0 melalui dana RM50 juta

KEMENTERIAN Sumber Manusia (KESUMA) komited untuk merealisasikan aspirasi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) 2.0 menerusi peruntukan dana...

More Articles Like This