PRU15: Cabaran Ekonomi # 3 Jadi YB abad ke 21!

Dari Penulis

Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) merupakan enjin utama ekonomi negara yang mempunyai kaitan yang rapat dengan poket rakyat dan juga daya saing serta daya tahan ekonomi negara.

Kita selalu mendengar kejayaan menarik pelaburan asing (FDI) sebagai petanda daya saing negara tetapi jarang kita berbincang mengenai pelaburan domestik (DDI) yang sebahagian besarnya ialah PMKS.

PMKS merangkumi sekitar 97% dari perusahaan berdaftar dan sejumlah 66% tenaga kerja kita bekerja dengan PMKS. Perusahaan Mikro (pekerja 5 atau kurang) merupakan komposisi terbesar, iaitu 70% dari jumlah keseluruhan. Hanya 3% perusahaan berdaftar adalah syarikat besar.

Kesediaan dan keupayaan PMKS untuk mengaplikasikan teknologi terkini dan berfungsi dalam ekonomi digital amatlah penting dalam meningkatkan pendapatan rakyat dan mengukuhkan daya saing dan daya tahan ekonomi negara.

Penumpuan ke atas PMKS mesti dipertingkatkan, melebihi dari bantuan kewangan dan pinjaman mudah. Kerajaan mesti meletakkan sasaran ‘kemajuan’ ini dengan lebih jelas dan komited dengan tindakan untuk menjayakannya.

Capaian PMKS untuk mengetahui dan mengaplikasi teknologi baharu dan berfungsi dalam ekonomi digital mesti dekat dan mudah untuk mereka. Mesti ada institusi khusus untuk tujuan ini. Full time, well resourced, well equipped, effective and accountable!

Sejauh manakah PMKS hari ini bersedia untuk mengadaptasi teknologi baharu? Kita perlu memberi perhatian yang lebih khusus ke atas peningkatan atau mobiliti ke atas (upward mobiliti), kemajuan PMKS.

Kini kurang dari 10% eksport negara datang dari PMKS. Apakah keupayaan PMKS untuk terlibat dalam perdagangan global, merentasi sempadan dan memanfaatkan perjanjian perdagangan bebas yang Malaysia sertai? Berapa banyak PMKS berada dalam rantaian pengeluaran syarikat multinasional yang bertapak di Malaysia?

Pada hemat saya, kejayaan mentransformasikan PMKS adalah tunjang utama yang akan benar-benar membuktikan negara kita berganjak ke hadapan. Usaha menarik FDI perlu diteruskan tetapi ia mesti diselaraskan dengan penyertaan PMKS tempatan.

Baca artikel lain: Swatadbirurus: Siapsiaga harungi krisis ekonomi dan kewangan

Cabaran buat bakal YB

Anda tahu berapa banyak PMKS di tempat anda? Kenali mereka, wujudkan platform untuk bertemu secara terancang dan kenal pasti keperluan mereka untuk meningkat maju. Jabatan Perangkaan ada menyediakan data sub nasional untuk setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan kawasan Parlimen. Dapatkan data kawasan anda.

Temui agensi-agensi kerajaan dari pelbagai kementerian yang terlibat dalam pembangunan PMKS untuk menyelaras dan membangunkan program-program pembangunan keusahawanan yang berimpak. Kaji kekuatan tempatan yang boleh dibangunkan. Gerak seiring. Perancangan yang lebih bersifat mikro diperlukan. Jadi YB abad ke 21!

MINDA UKM: Pembangunan ekonomi tempatan menjadi keutamaan

PENULIS adalah Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif (MINDA-UKM). Beliau kini merupakan Sarjana Fulbright di Kennedy School, Harvard University, Amerika Syarikat.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor titik mula transisi kepimpinan lebih muda

GENDANG Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor telah pun dipalu mulai Sabtu lalu. Proses penamaan calon diikuti kempen selama dua minggu...

More Articles Like This