PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada Ketua Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed.
Ia susulan pemilihan Mohammed Azman sebagai Presiden Persatuan Keselamatan Sosial Antarabangsa (ISSA) selama tiga tahun sehingga 2025.
Dalam ciapan di Twitter, Perdana Menteri turut mengucapkan selamat bertugas Mohammed Azman.
“Malaysia di pentas dunia!.
“Tahniah Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed, Ketua Eksekutif Perkeso atas pemilihan sebagai Presiden ISSA bagi tempoh 2022-2025.
“Syabas dan selamat bertugas!,” katanya dalam ciapan tersebut hari ini.
Malaysia menerima pengiktirafan antarabangsa dalam aspek perlindungan keselamatan sosial menerusi pemilihan itu semasa Forum Keselamatan Sosial Dunia (WSSF) 2022 di Maghribi, baru-baru ini.
Perkeso dalam kenyataan memaklumkan, Mohammed Azman dipilih sebagai Presiden ke-17 untuk menerajui ISSA.
Baca artikel berkaitan: AIM, PERKESO sasar 342,798 usahawan mencarum dengan SKSPS
Mohammed Azman menyifatkan pemilihan beliau sebagai kejayaan Malaysia, Kementerian Sumber Manusia dan warga Perkeso bagi melonjakkan kedudukan negara di mata masyarakat antarabangsa.
“Saya amat bersyukur atas kepercayaan yang diberikan oleh ahli-ahli badan antarabangsa ISSA kepada saya untuk jawatan Presiden yang ke-17.
“Menerusi ISSA, saya akan terus memberikan komitmen yang terbaik untuk meningkatkan sistem perlindungan keselamatan sosial agar setiap ahli ISSA melaksanakan perlindungan yang komprehensif dan inklusif di negara masing-masing demi kesejahteraan sejagat,” katanya.
Beliau merupakan rakyat Malaysia pertama memegang jawatan tertinggi tersebut dalam badan antarabangsa yang menerajui bidang keselamatan sosial di peringkat global.
Selain itu, Malaysia juga mendapat pengiktirafan di persidangan itu apabila Kuala Lumpur diterima sebagai tuan rumah bagi Persidangan Agung ISSA serta WSSF ketujuh yang bakal diadakan pada 2025.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

