AIM, PERKESO sasar 342,798 usahawan mencarum dengan SKSPS

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

AMANAH Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mensasarkan seramai 342,798 usahawan untuk dicarum dan dilindungi dengan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS). 

Hal itu selepas AIM dan PERKESO memeterai satu Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperluas jaringan keselamatan sosial kepada penerima biaya atau Sahabat Usahawan AIM menerusi caruman di bawah SKSPS PERKESO.

Kolaborasi itu bakal menyaksikan AIM dilantik sebagai Ejen Korporat PERKESO bagi membantu merangsang dan menggalakkan Sahabat Usahawan AIM untuk mencarum dengan SKSPS, khususnya semasa mengemukakan permohonan pinjaman kewangan kepada agensi ini. 

Langkah serampang dua mata itu membolehkan Sahabat Usahawan AIM menerima manfaat pinjaman perniagaan selain dapat memastikan mereka turut mendapat perlindungan keselamatan sosial.

Selain mengukuhkan hubungan kerjasama dua hala, kedua-dua agensi itu turut akan bekerjasama dalam usaha menambah cara pembayaran caruman SKSPS kepada Sahabat Usahawan AIM. 

Menurut Ketua Eksekutif PERKESO, Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed, pihaknya komited untuk melindungi golongan pekerja sendiri dan sektor informal melalui SKSPS.

Jelas beliau, PERKESO juga menawarkan insentif SPS Padanan Caruman di bawah Bajet 2022 kepada mereka yang layak, khususnya kepada usahawan yang berdaftar dengan AIM termasuk penjaja dan usahawan wanita.

“SPS Padanan Caruman menyediakan insentif pembiayaan padanan caruman bagi Pelan Caruman Kedua SKSPS yang berjumlah RM232.80 untuk tempoh perlindungan setahun, di mana sebanyak 80 peratus (RM186.20) kadar caruman akan dibayar oleh Kerajaan dan hanya baki 20 peratus (RM46.60) sahaja lagi yang perlu dibiayai oleh OBS. 

“Sehingga 22 Ogos 2022, seramai 377,556 OBS atau kira-kira 15 peratus daripada mereka telah mendaftar dan mencarum di bawah SKSPS daripada jumlah keseluruhan OBS di seluruh negara iaitu seramai 2.38 juta orang,“ jelasnya.

Baca lagi: Perkeso nafi pejabatnya diserbu SPRM, kesal portal buat laporan tanpa menyemak fakta

Sementara itu, Pengarah Urusan AIM, Mohamed Shamir Abdul Aziz berkata, mereka akan memastikan Sahabat Usahawan mendapat manfaat melalui kerjasama strategik yang dibuat dengan mana-mana pihak terutamanya dalam usaha memperkasakan lagi perniagaan Sahabat serta dapat memberi kehidupan yang lebih baik kepada golongan B40.

Menurut Shamir, AIM sentiasa terbuka untuk menjalin kerjasama dengan mana-mana pihak asalkan ia dapat memberi manfaat kepada Sahabat Usahawan AIM.

“Dengan jumlah Sahabat Usahawan Aktif seramai 342,798 orang di seluruh negara, pastinya kerjasama yang terjalin ini akan memberi ruang kepada Sahabat AIM untuk memastikan mereka juga akan mendapat manfaat perlindungan PERKESO walaupun hanya bekerja sendiri atau membuka gerai goreng pisang di tepi jalan,” katanya.

Kerjasama strategik ini juga membolehkan AIM dan PERKESO memperluas lagi penyampaian perkhidmatannya menerusi bidang kepakaran masing-masing demi kesejahteraan Keluarga Malaysia.

Keluarga Malaysia khususnya mereka yang bekerja sendiri adalah digalakkan untuk mencarum bersama SKSPS PERKESO dengan segera. 

Sementara itu, bagi OBS yang layak untuk memohon inisiatif SPS Padanan Caruman dan SPS Khidmat di bawah Bajet 2022, mereka diminta untuk mengemukakan permohonan dengan kadar segera sebelum permohonan insentif tersebut ditutup pada 31 Disember 2022.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pas tak buat kenyataan semata-mata beritahu terima, jawab surat – Afnan Hamimi

"BEZANYA, Pas tidak buat kenyataan media hanya semata-mata nak beritahu ia menerima dan menjawab surat." Demikian kata Ketua Dewan Pemuda...

More Articles Like This