GERAKAN Tanah Air (GTA) diyakini boleh menggantikan UMNO sebagai parti yang memperjuangkan kebajikan dan nasib orang Melayu.
Perkara itu ditegaskan Pengerusi Penaja GTA, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam ciapan di Twitter.
Menurut Mahathir, GTA terdiri daripada orang Melayu yang berkebolehan dan bersemangat kebangsaan Melayu dan Malaysia, sayang negara serta agama.
Beliau berkata, UMNO pula didakwa telah ‘ditawan’ oleh penjenayah Melayu dan berjuang untuk duit untuk menyelamatkan pemimpin mereka daripada didakwa di mahkamah dan dipenjara.
“Nasib orang Melayu dan negara tidak lagi bergantung kepada UMNO.
“Pemimpin dan calon GTA bebas daripada perlakuan jenayah, tidak menghadapi pertuduhan dalam mahkamah dan bersih,” katanya dalam ciapan tersebut.
Baca artikel berkaitan: PRU-15: Eizlan Yusof, Ahmad Idham calon GTA Sabak Bernam, Port Dickson
Mengulas lanjut, Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) berkata, GTA akan melawan UMNO supaya Malaysia tidak akan diperintah oleh penjenayah yang telah merosakkan parti, pemerintahan dan negara.
Kata beliau, GTA bertujuan menukar kerajaan penjenayah kepada kerajaan bersih, cekap dan beramanah.
Dr Mahathir turut yakin bahawa gerakan itu mampu memulihkan semula kestabilan politik, ekonomi yang sihat dan kesejahteraan sosial.
“Malaysia akan kembali menjadi negara Harimau Asia di mana orang Melayu akan dihormati dan disanjung tinggi.
“Inilah janji GTA, Gerakan Tanah Air kepada Malaysia dan rakyatnya,” jelas beliau.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

