Ketua UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos. - GAMBAR: Abd Razak Aid

DATUK Seri Jamal Md Yunos, yang diumumkan Barisan Nasional (BN) sebagai calonnya di kerusi Parlimen Sungai Besar, tidak mempunyai masalah untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 kerana masih belum diisytiharkan bankrap.

Peguam Datuk Mohd Imran Tamrin, yang mewakili Jamal, berkata anak guamnya boleh mengemukakan borang pencalonan esok tanpa sebarang masalah dan beliau layak menjadi calon kerana menurut Perlembagaan Persekutuan, hanya individu yang telah bankrap tidak dibenarkan bertanding dalam PRU.

“Apa yang Teresa Kok (penyandang kerusi Parlimen Seputeh) dakwa dalam kenyataannya adalah cubaan untuk menyerahkan notis kebankrapan dan kami telah mengemukakan rayuan terhadap kes berkenaan di Mahkamah Rayuan yang kini dalam pertimbangan lanjut.

“Malah notis kebankrapan pun belum kita terima,” katanya kepada pemberita di Sekinchan hari ini. 

Mohd Imran berkata pihaknya turut menasihati Jamal untuk membuat laporan polis berhubung kenyataan itu yang boleh dianggap sebagai cubaan menjatuhkan kredibiliti beliau sebagai calon.

BERITA BERKAITAN Myvi ‘mandi laut’ di Pantai Sentosa, Sekinchan

Terdahulu, Jamal membuat laporan berhubung perkara itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam.

Media melaporkan Kok menghantar surat bantahan kepada Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh berhubung penamaan Jamal sebagai calon BN di Parlimen Sungai Besar kerana didakwa belum menyelesaikan syarat penghakiman dalam saman difailkan terhadapnya yang mungkin menyebabkan beliau diisytiharkan muflis.

Pada Julai lepas, Kok memperoleh ganti rugi RM300,000 selepas memenangi kes saman fitnah terhadap Jamal atas dakwaan menyalahgunakan dana Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Arief Emran Arifin membenarkan tuntutan Kok, yang difailkan 6 April 2017, terhadap Jamal.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram