Gerakan Baju Merah batal bertembung Himpunan Selamatkan Malaysia

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

GERAKAN Baju Merah mengambil keputusan untuk tidak bertembung dengan Himpunan Selamatkan Malaysia selepas penganjurannya didakwa akan diadakan di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Pengerusinya, Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata, gerakan itu hanya akan mengadakan perhimpunan sekiranya program yang turut disertai Pemuda Perikatan Nasional (PN) itu diadakan di Sogo atau Bukit Bintang.

“Oleh kerana itu, Gerakan Baju Merah tidak akan terlibat untuk berhimpun di tempat yang sama.

“Seperti yang saya telah beritahu malam semalam, Bukit Bintang dan Sogo merupakan lokasi tumpuan pelancong luar negara dan himpunan itu akan menjejaskan ramai peniaga di lokasi utama bandaraya itu.

“Semoga perhimpunan yang dikatakan aman itu, dilaksanakan dengan penuh berhemah,” katanya menerusi satu kenyataan.

Baca artikel lain: Notis ditolak polis Himpunan Selamatkan Malaysia tetap diadakan?

Terdahulu, Himpunan Selamatkan Malaysia akan tetap diadakan seperti mana yang telah dijadualkan meskipun polis menolak notis pemakluman penganjurnya

Perkara tersebut dimaklumkan oleh laman Facebook Pas Pusat dengan berkata: “Himpunan #SelamatkanMalaysia di Masjid Kampung Baru, KL tetap diteruskan esok!”.

Sebelum ini polis menolak notis pemakluman penganjur himpunan berkenaan kerana maklumat dikemukakan tidak lengkap.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, penganjur tidak menepati syarat mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Mereka tidak menyatakan butiran penting seperti nama penganjur perhimpunan serta lokasi tempat berhimpun.

“Bagaimanakah perkara penting seperti ini tidak diambil peduli oleh pihak penganjuran yang terdiri daripada individu berpengalaman dalam mengadakan demonstrasi sebelum ini,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ajinomoto kukuh komitmen gaya hidup sihat di NMM 2026

AJINOMOTO (Malaysia) Berhad memperkukuh komitmen dalam mempromosi pemakanan seimbang, gaya hidup aktif dan kesejahteraan masyarakat dengan sekali lagi tampil...

More Articles Like This