Tiga lelaki ditahan merusuh dekat stesen minyak Taman Kota Masai

Dari Penulis

TIGA lelaki ditahan selepas merusuh serta membuat kecoh di sebuah stesen minyak di Taman Kota Masai, Pasir Gudang, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, kejadian pukul 9.40 malam itu berpunca daripada kemalangan jalan raya membabitkan dua buah kenderaan.

Beliau berkata, kekecohan berlaku selepas mangsa seorang pemandu kereta terlibat dalam kemalangan dengan penunggang motosikal.

“Ekoran kejadian tersebut, kereta mangsa telah diterbalikkan dan dirosakkan oleh sekumpulan individu tidak dikenali,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel : Polis tahan 7 lelaki pukul remaja kerana ‘dating’ awek orang

Jelasnya, kedua-dua mangsa masing-masing berusia 21 tahun cedera akibat kemalangan tersebut.

Mohd Sohaimi berkata, tiga suspek berusia 17 hingga 24 tahun itu ditangkap sekitar Jalan Bunga Raya dan Jalan Tembikai pada pukul 10.45 pagi hingga 12 tengah hari tadi.

Katanya, polis kini giat mengesan suspek yang bebas dan siasatan dijalankan dibawah Seksyen 148/ 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sehubungan itu, polis menasihatkan orang ramai tidak bertindak sendiri sebaliknya menyerahkan tugas kepada polis.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This