PRU-15: Apa ada di Parlimen Batu? Pertembungan 10 penjuru

Dari Penulis

KERUSI Parlimen Batu di Kuala Lumpur mencuri tumpuan apabila menyaksikan pertembungan sehingga 10 penjuru termasuk tiga calon Bebas.

Penyandang kerusi Parlimen Batu, P Prabakaran tampil mempertahankan kerusi yang dimenanginya sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Selain itu, bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua yang pernah menjadi Ahli Parlimen kawasan itu selama dua penggal sebelum ini kembali bertanding selaku calon Bebas.

Pada PRU-14 lalu, Tian Chua memberi sokongan kepada Prabakaran selepas hilang kelayakan untuk bertanding.

Pada masa sama, Parlimen Batu turut menyaksikan kehadiran Datuk A Kohilan Pillay selaku calon Barisan Nasional (BN); Azhar Yahya (Perikatan Nasional (PN); P Naganathan (Warisan) dan Wan Azliana Wan Adnan (Pejuang).

Baca artikel berkaitan: PRU-15 : Penamaan calon terkawal dan lancar seluruh negara – Bukit Aman

Saingan sengit bagi kerusi tersebut turut hadir daripada Mohd Zulkifli Abdul Fattah (PRM).

Pertembungan kali ini turut menampilkan tiga lagi muka baharu yang menjadi calon Bebas termasuk pempengaruh media sosial iaitu Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin atau Cleopatra dan peguam, Siti Kasim.

Seorang lagi calon Bebas adalah Too Cheng Huat.

Pada PRU-14, Prabakaran menang kerusi Parlimen Batu dengan majoriti 24,438 undi.

Seramai 113,863 pengundi bakal menunaikan tanggungjawab mereka pada 19 November nanti bagi kerusi Parlimen Batu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Johor perlukan politik menyatukan dan bukan yang memecah-belah – Mohamad Sabu

PRESIDEN Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu menegaskan Johor memerlukan politik yang menyatukan dan bukan memecah-belahkan. Tegasnya, apabila...

More Articles Like This