TULAR apabila seorang pemilik rumah inap di Pendang, Kedah memuat naik satu video pendek di laman TikTok menunjukkan telur di dalam bekas dipenuhi itik yang baru menetas.
Video itu sehingga ini telah ditonton sebanyak 825,000 kali dan mendapat lebih 55,000 tanda suka sejak ia dimuat naik semalam.
Bercerita kepada UtusanTV, Zakaria Nazir, 29, berkata, telur itik itu tertinggal tetamunya selepas “check-out” pada 23 Oktober lalu.
Katanya, semasa mendaftar keluar, tetamu itu meminta dia simpan telur itik itu kerana akan datang kembali dalam tempoh tiga minggu untuk menyertai pertandingan memancing.
Zakaria yang juga seorang guru di Sekolah Menengah Agama Maahad Tahfiz al-Abidin, Pendang berkata, setelah hampir dua minggu meninggalkan telur itik tersebut, dia datang kembali pada pukul 11 pagi kelmarin untuk melihat keadaan rumah.
“Bila buka pintu rumah ada bau pelik. Saya ingatkan telur itik tersebut sudah pecah.
“Sekali buka plastik ada sembilan ekor anak itik yang sudah menetas. Ada juga anak itik yang dah mati mungkin kerana sudah lama tersepit di dalam papan telur itu,” ceritanya.
Menurutnya, dia mempunyai perancangan untuk membela itik tersebut dan sehingga kini sudah terdapat 13 ekor anak itik yang berjaya menetas.
Baca artikel berkaitan ; Resipi gulai telur itik daun pegaga
“Memang tak dijangka langsung telur itik akan menetas. Sekarang saya letak dalam besen terlebih dahulu.
“Nanti balik kampung nak bawa itik ini kerana di sana ada kawasan yang sesuai untuk menternaknya,” katanya.
Malah, terdapat lapan biji telur itik yang masih belum menetas dan telah diletakkan di bawah lampu panas dengan harapan ia akan membantu proses menetas.
Akuinya, terdapat juga individu yang mahu membeli itik tersebut, tetapi Zakaria tidak mahu menjual kerana sudah jatuh sayang kepada itik-itik tersebut.
“Itik ini sangat ‘rare’ kerana ia boleh hidup walaupun tiada ibu dan tidak masuk inkubator”.
Ceritanya, keadaan rumah ketika itu tidaklah panas sehingga boleh membantu penetasan telut itik tersebut.
“Apabila saya buka plastik ketika itu, memang terasa berwap,” ceritanya.
Bagaimanapun, dia sedia memberikan itik tersebut kepada pemilik asal jika tetamunya mahukan haiwan tersebut.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

