SERANGAN peribadi dan fitnah yang dilemparkan terhadap calon Barisan Nasional yang bertanding di Parlimen Tambun Datuk Aminuddin Md Hanafiah sama sekali tidak mengganggu tumpuannya untuk berkempen bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Ketua UMNO Bahagian Tambun itu berkata beliau berharap para pengundi parlimen berkenaan berfikir dengan matang serta tidak mengulangi kesilapan kali kedua pada PRU kali ini kerana nama kecil mungkin boleh memberi perkhidmatan lebih baik berbanding nama-nama besar.
“Kita khuatir minat pengundi berkurangan dan sepatutnya calon memberi tawaran kepada pengundi bukannya memburukkan orang dengan mengamalkan politik kebencian yang akhirnya rakyat menjadi mangsa,” katanya kepada pemberita selepas perjumpaan bersama MCA Tambun di Bilik Gerakan Jalan Besar Tanah Hitam, Chemor malam tadi.
Baca artikel lain: BN PADU: Akta Pendanaan Politik akan digubal
Mengenai perjalanan kempen hari ketiga, Aminuddin berkata pasukannya giat menjalankan lawatan di tempat awam serta mengukuhkan kempen melalui media sosial bagi menemui seramai mungkin pengundi.
Kerusi Parlimen Tambun menyaksikan pertembungan empat penjuru di mana selain menentang Aminuddin, penyandangnya Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu turut berdepan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan dan calon Parti Pejuang Tanah Air Abdul Rahim Tahir.
Tambun mempunyai 160,558 pengundi pada PRU kali ini dengan peningkatan 30 peratus berbanding 107,763 pada PRU-14.
SPR menetapkan 19 November sebagai hari pengundian bagi PRU-15 manakala pengundian awal pada 15 November.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

