Jentera parti Perikatan Nasional membuat persiapan untuk memasang bendera parti pilihannya sempena kempen Pilihan Raya Umum ke-15 di Gombak. GAMBAR: Abd Razak Aid

TAWARAN ‘Prihatin, Bersih dan Stabil: Malaysia Gemilang’ oleh Perikatan Nasional (PN) atau PN BEST merupakan mekanisme gabungan tersebut untuk membantu rakyat di negara ini.

Perkara itu dapat dilihat menerusi Tunjang 2 yang antara lain meletakkan berhasrat untuk meningkatkan nilai dan taraf hidup ke suatu tahap lebih baik.

Penganalisis politik Pusat Perdana Fakulti Razak Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali berkata, situasi rakyat ketika ini cukup mencabar selepas penularan pandemik COVID-19.

Katanya, justeru tidak hairan mengapa Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan jumlah rakyat Malaysia jatuh miskin meningkat mendadak daripada 40 ke 61 peratus.

Katanya lagi, manifesto PN Best dilihat sebagai jalan penyelesaian terbaik yang difikirkan sesuai oleh gabungan tersebut dalam membantu rakyat, pada masa sama meraih sokongan pada pilihan raya kali ini.

“Kita di Malaysia ini selepas kena COVID dua tahun dulu berlaku macam rakyat hilang kerja, hilang pendapatan. Ada orang kata M40 sudah jadi B40, yang B40 sudah jadi miskin tegar.

“Perikatan Nasional buat itu sebagai satu mekanisme dia untuk atasi benda itu (masalah rakyat).

“Dia ini (Muhyiddin) sebagai Pengerusi MPN, mungkin dia ada data, ada maklumat. Itu adalah pendekatan dia untuk atasi masalah tadi,” katanya ketika dihubungi UtusanTV, hari ini.

Baca artikel lain: Tiga TPM tetap jadi tawaran BN meskipun tiada dalam manifesto

PN Best Tunjang 2 antara lain memberi tumpuan kepada usaha-usaha untuk membantu rakyat yang jatuh miskin akibat pandemik COVID-19.

Menerusinya, PN menawarkan pewujudan sebuah agensi tunggal berfungsi sebagai pusat sehenti yang akan menyelaras pemberian pelbagai bentuk bantuan dan subsidi kepada rakyat.

Sementara itu, bagi membantu meringankan beban kos sara hidup kakitangan awam, PN menawarkan kenaikan kadar elaun sara hidup (COLA) sebanyak RM100 yang akan diselaras secara berkala.

Malah, PN juga akan memantapkan sistem pendidikan yang inklusif, berdaya saing dan bertaraf global.

Ini termasuk menyediakan peruntukan khas penyelenggaraan sekolah sekurang-kurangnya sebanyak RM2.5 bilion setahun bagi tempoh 2023-2025.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram