Tesla Y yang dilaporkan hilang kawalan di Chaozhou, Guangdong, China

DUA maut manakala tiga lagi cedera selepas dirempuh kereta Tesla Y di Chaozhou, Guangdong, China pada 5 November lalu.

Kejadian dilaporkan berlaku selepas kereta Tesla tersebut hilang kawalan lalu bergerak dengan kelajuan yang mengerikan di kawasan orang ramai.

Memetik laporan Daily Mail hari ini, mangsa maut adalah seorang penunggang motosikal dan seorang murid sekolah menengah.

Difahamkan, pemandu warga tempatan berusia 55 tahun itu telah hilang kawalan ke atas keretanya selepas pedal brek dikatakan tidak berfungsi.

Baca artikel : PM pelawa pelabur AS, Tesla melabur di Malaysia

Bagaimanapun, syarikat Tesla dalam kenyataan berkata, sedang menyiasat kejadian tersebut dan meminta orang ramai berhati-hati dengan khabar angin palsu.

Hal ini kerana hasil semakan data mendapati pedal brek kereta yang dinaiki pemandu terbabit tidak digunakan ketika kejadian.

Tambahnya, di dalam video terbabit juga menunjukkan lampu brek tidak menyala sewaktu kereta dipandu laju.

Malah, Tesla juga berkata sedang bekerjasama dengan pihak polis China bagi mengenal pasti kebenaran kemalangan tersebut.

“Polis kini sedang mencari agensi penilai pihak ketiga untuk mengenal pasti kebenaran di sebalik kemalangan ini dan kami secara aktif akan menyediakan sebarang bantuan yang diperlukan,” ujar Tesla.

Sementara itu, menerusi rakaman klip video kejadian memaparkan aksi ngeri kenderaan Tesla terbabit memecut laju di jalan raya yang sempit dan sibuk dengan kenderaan sebelum merempuh sebuah bangunan dan berhenti.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram