Suami pukul, tendang isteri dekat Klang ditahan polis

Dari Penulis

SEORANG lelaki ditahan selepas bertindak memukul dan menendang muka serta perut isterinya sehingga bengkak di sebuah rumah dekat Taman Sentosa, Klang, pukul 10.50 malam, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, kejadian berlaku selepas mangsa berusia 28 tahun mengalami perselisihan faham dengan suaminya.

Beliau berkata, siasatan mendapati suspek berusia 27 tahun mempunyai pelbagai rekod lampau jenayah serta dadah.

“Siasatan mendapati suspek melakukan keganasan rumah tangga dengan menggunakan tangan serta kaki.

“Suspek juga mengeluarkan kata-kata ugutan yang mendatangkan ketakutan kepada isteri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel : Jurujual tendang isteri kerana ajak cerai di mahkamah

Jelasnya, siasatan mendapati kejadian ini bukan pertama kali, tetapi mangsa tidak membuat sebarang laporan polis.

Hoong Fong berkata, polis telah membuka kertas siasatan dibawah Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan mendatangkan kecederaan dan ugutan jenayah.

“Kertas siasatan telah dirujuk kepada timbalan pendakwa raya dan suspek akan dituduh di Mahkamah Klang pada esok,” ujarnya.

Sehubungan itu, polis menasihatkan orang awam terutamanya ahli keluarga yang telah berumah tangga untuk segera membuat laporan polis sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sindiket potong minyak masak peket tumpas, 59 tan dirampas – KPDN

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan satu rangkaian sindiket penyelewengan minyak masak peket bersubsidi yang...

More Articles Like This