Kawasan bayi lelaki berusia 2 minggu ditemui pengadu. GAMBAR: Polis

SEORANG bayi lelaki ditemui dalam keadaan terbaring di tepi tingkap di luar sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Saujana Impian, Kajang, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan penemuan bayi dengan berpakaian lampin sahaja pada pukul 11.39 malam.

Beliau berkata, tiada sebaraang pakaian atau nota ditinggalkan bersama bayi ketika ditemui pengadu.

Jelasnya, pengadu telah menguruskan bayi terlebih dahulu sebelum membuat laporan polis.

“Bayi yang dipercayai berusia dua minggu berdasarkan keadaan tali pusatnya telah dibawa ke Hospital Kajang bagi menerima rawatan awal.

“Tiada sebarang kecederaan dan bayi berada dalam keadaan sihat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel : Bayi lelaki baru lahir ditemui dalam kotak di hentian bas

Mohd Zaid berkata, bayi tersebut ditahan di wad kanak-kanak bagi tujuan pemantauan sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Sehubungan itu, kes kini disiasat dibawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat Inspektor Mu’az Mazlan di talian 017-9788804 bagi membantu siasatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram