Kecoh di Kalimantan Selatan selepas seorang pemuda berasal dari Landasan Ulin, Kota Banjarbaru, tiba-tiba mengaku sebagai Imam Mahdi dan ingin menjadi Nabi ke-26.
Menerusi satu video tular sejak semalam yang dirakamkan di dalam sebuah kedai, pemuda berkopiah tersebut mengaku bernama Imam Mahdi, seorang utusan Allah.
Malah, menerusi sebuah lagi rakaman, pemuda tersebut turut menyatakan keinginan menjadi Nabi yang ke-26.
Memetik laporan Kanal Kalimantan, Ketua Polis Daerah Liang Anggang, Asisten Komisioner Yuda Kumoro Pardede berkata, Unit Siasatan Jenayah Aiptu Deden A Lesmana mendapati pemuda terbabit pernah menerima rawatan di Hospital Mental Sambang Lihum.
“Kami masih memeriksa kebenaran ini dan telah menahan suspek,” katanya.
Baca artikel ; Khabar gembira dengan kedatangan Nabi Muhammad SAW dan Gelaran al-Barqalit (البارقليط). Dan kisah paderi peluk Islam
Sementara itu Polis Desa Aipda Lilik Susanto berkata, hasil semakan mendapati ibu dan abang kepada pemuda terbabit juga mengalami masalah mental.
“Pemuda terbabit pernah dirawat di hospital mental kerana mengaku dirinya sebagai Imam Mahadi,” ujarnya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

