BADAN pemantau pilihan raya, Bersih menggesa pihak berkuasa untuk melakukan siasatan terhadap Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang kerana didakwa melanggar peraturan ketika mengundi.

Pengerusi Bersih, Thomas Fann berkata, hal itu selepas gambar Abdul Hadi yang memakai vest dengan lambang Pas di dada ketika membuang undi tersebar di media sosial sejak tengah hari tadi.

Thomas berkata, tindakan Abdul Hadi itu jelas melanggar peraturan pilihan raya yang telah ditetapkan dan menggesa pihak berkuasa untuk melakukan siasatan.

“Ini jelas satu kesalahan pilihan raya, memakai apa-apa pakaian dengan simbol atau logo parti di dalam pusat mengundi,” katanya.

Baca lagi: PRU-15: 65% keluar mengundi sehingga 3 petang – SPR

Mengulas lanjut, Thomas berkata, mengikut Seksyen 26(1)(g) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, pengundi tidak dibenarkan memakai, memegang atau membawa sebarang bentuk pakaian atau barangan yang memaparkan nama calon, lambang atau simbol mana-mana parti politik semasa mengundi atau dalam lingkungan 50m dari pusat mengundi.

Sesiapa yang melanggar peraturan itu boleh dihukum penjara sehingga satu tahun, denda tidak lebih RM5,000, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram