PRU-15: Parlimen tergantung, PH, PN dakwa ada majoriti

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KEPUTUSAN Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) menyaksikan tiada satu pun gabungan berjaya memperoleh majoriti untuk membentuk kerajaan. 

Buat pertama kali, keputusan tersebut menjadikan Parlimen tergantung. 

Berdasarkan 219 kerusi yang telah diumumkan secara rasmi, Pakatan Harapan (PH) menjadi blok terbesar apabila mendapat 82 kerusi Parlimen. 

Perikatan Nasional (PN) pula membuat kejutan besar apabila mengaut 73 kerusi dalam Dewan Rakyat. 

Ia termasuk 22 kerusi diperoleh PN yang menggunakan logo Pas di Kelantan dan Terengganu. 

Barisan Nasional (BN) yang sebelum ini sentiasa memperoleh jumlah kerusi tinggi hanya berjaya mendapat 30 kerusi.

Di Borneo, Gabungan Parti Sarawak (GPS) menggondol kebanyakan kerusi di Sarawak dengan 22 kerusi manakala Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memperoleh enam kerusi di Sabah. 

Parti Warisan pula mendapat hanya tiga kerusi dan Parti Bangsa Malaysia (PBM) memperoleh satu kerusi.

Baca artikel berkaitan: PRU-15: PN sudah terima surat Istana Negara

PH ada lebih 112 kerusi Parlimen untuk bentuk kerajaan, kata Anwar

Bagaimanapun, PN dan PH masing-masing mendakwa berjaya memperoleh majoriti mudah melebihi 111 kerusi bagi membentuk kerajaan. 

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan telah pun menerima surat daripada Istana Negara berhubung pembentukan kerajaan.

Namun, beliau enggan mendedahkan isi kandungan surat tersebut secara mendalam. 

Muhyiddin juga menegaskan tidak akan bekerjasama PH manakala perbincangan membentuk kerajaan akan dijalankan bersama parti-parti di Sabah dan Sarawak termasuk mereka yang boleh menerima prinsip perjuangan PN.

Katanya, perbincangan itu kini disifatkan sebagai amat menggalakkan dan akan cuba dimuktamadkan segera selewat-lewatnya petang nanti.

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mendakwa gabungan parti itu kini mempunyai lebih daripada 112 kerusi Parlimen untuk membentuk kerajaan.

Beliau berkata, PH sudah mencapai persetujuan dan persefahaman dengan beberapa pihak bagi tujuan berkenaan.

Jelas beliau, pakatan itu kini mempunyai majoriti melebihi 112 kerusi Parlimen untuk mengambil alih Kerajaan Persekutuan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This