ISTANA Negara menjadi tumpuan ramai hari ini bagi mengetahui gabungan parti politik manakah yang bakal membentuk kerajaan Persekutuan.
Ini selepas mereka perlu mengemukakan nama seorang Ahli Parlimen yang mendapat kepercayaan majoriti untuk menjadi calon Perdana Menteri ke-10 kepada Yang di-Pertuan Agong, sebelum pukul 2 petang ini.
Semalam, Istana Negara menerima keputusan rasmi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) daripada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh.
Yang di-Pertuan Agong dijangka memanggil ketua-ketua parti untuk menghadap bagi mendapatkan kepastian mengenai pendirian gabungan.
Baca artikel lain: Muhyiddin akan kemuka SD Ahli Parlimen sokong beliau hari ini
Setakat pagi ini, puluhan pengamal media yang berkumpul di hadapan pintu satu dan dua Istana Negara belum melihat sebarang kelibat kenderaan membawa ketua-ketua parti.
Beberapa anggota polis turut ditugaskan bagi memantau tahap keselamatan dan situasi semasa.
Keputusan PRU-15 menyaksikan Pakatan Harapan (PH) memenangi 82 kerusi, manakala Perikatan Nasional (PN) memenangi 73 kerusi dengan jumlah keseluruhan 222 kerusi Parlimen dipertandingkan.
Sementara itu, Barisan Nasional (BN) hanya memperoleh 30 kerusi, diikuti Gabungan Parti Sarawak (GPS) (22), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) (enam), Parti Warisan Sabah (WARISAN) (tiga), Parti Bangsa Malaysia (PBM) (satu) dan calon Bebas (dua).
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

