Tindakan Ahmad Zahid berunding dengan PH tak sah

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

TINDAKAN Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berunding dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menubuhkan kerajaan campuran disifatkan sebagai tidak sah, sekiranya benar ia sedang berlaku.

Pengarah Operasi Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mendakwa, Ahmad Zahid tidak boleh membawa mandat parti tanpa persetujuan Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan Majlis Tertinggi BN.

Oleh itu, katanya, sebarang keputusan yang dibuat tanpa proses ini adalah dikira tidak sah daripada segi Perlembagaan parti.

“Sementara ahli UMNO menunggu tindakan berjiwa besar Presiden untuk meletak jawatan dengan kadar yang segera, beliau sebaliknya kalau betul sebagaimana yang dilaporkan media sedang sibuk berunding dengan Pakatan Harapan.

“Keputusan terakhir UMNO adalah tidak akan bekerjasama dengan Datuk Seri Anwar dan DAP,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Baca artikel lain: Siapa bentuk kerajaan? Istana Negara jadi tumpuan

Pada masa sama, Onn Hafiz sekali lagi memohon agar Ahmad Zahid meletak jawatan secara terhormat pada kadar yang segera.

“Beliau (Ahmad Zahid) yang telah mengetuai kita semua ke medan perang dan disebabkan imejnya antara punca kekalahan teruk BN, tidak sepatutnya mewakili parti untuk berunding dengan mana-mana pihak.

“Marilah kita terus bermaruah dan berprinsip walaupun diuji dengan kekalahan. Insya-Allah ada hikmahnya,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Warga emas pandu kereta lawan arus tersepit rempuh lori di Bentong

SEORANG warga emas berusia 74 tahun tersepit selepas kereta dipandunya yang dipercayai bergerak melawan arus bertembung dengan sebuah lori...

More Articles Like This