Gempa bumi Cianjur: 46 maut, 700 dilapor cedera

Dari Penulis

SERAMAI 46 penduduk maut manakala 700 orang lagi cedera dalam kejadian gempa bumi berukuran 5.6 skala Richter di daerah Cianjur, wilayah Jawa Barat, petang tadi.

Memetik laporan Detik News, angka yang terkorban dalam insiden ini disahkan sendiri oleh Ketua Badan Nasional Pengurusan Bencana, Suharyanto.

Beliau berkata, kebanyakkan mangsa yang maut susulan struktur rumah yang tidak dapat menahan gegaran gempa bumi.

“Ini menjadi pengajaran buat masa hadapan untuk membina rumah yang mampu menahan gegaran gempa bumi,” ujarnya.

Baca artikel : Gempa bumi 5.6 pada skala Ritcher gegar barat Indonesia

Sebelum ini UtusanTV melaporkan gempa berlaku pada 13.21 waktu tempatan (0621 GMT) dengan pusat gempa terletak 10 kilometer (km) dari barat daya daerah Cianjur di wilayah Jawa Barat dengan kedalaman 10 km.

Malah, gegaran kuat ini turut dirasai di Jakarta menyebabkan penduduk bergegas keluar dari rumah dan bangunan.

Berpuluh-puluh video kejadian selepas gempa dimuat naik penduduk terlibat memperlihatkan rumah-rumah rebah menyembah bumi.

Malah hospital turut dipenuhi dengan penduduk yang cedera bagi mendapatkan rawatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This