Sejauh mana kecanggihan teknologi komunikasi, undang-undang tetap diperlukan bagi mengawalnya./ Gambar hiasan media sosial

PENGERUSI Interim Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din ingin mengingatkan orang ramai untuk berhemah serta menjauhkan diri daripada memberikan pandangan yang berbaur kebencian membabitkan kaum dan agama.

Semua pihak harus menghormati keputusan pilihan raya dan pemilihan Perdana Menteri yang akan dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong dengan hati terbuka.

“Sehubungan itu, MCMC akan terus membuat pemantauan bagi membendung penyebaran maklumat yang tidak sahih serta kenyataan bersifat jelik membabitkan unsur 3R, iaitu Raja (Royalty), Agama (Religion) dan Kaum (Race),” katanya dalam kenyataan akhbar.

Sebarang perkongsian kandungan bersifat palsu, jelik dan mengancam merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998. Sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.

Tindakan penguatkuasaan bersama PDRM akan diambil terhadap mereka yang terlibat berdasarkan aduan daripada orang awam mengikut peruntukan undang-undang sedia ada demi melindungi ketenteraman dan kepentingan masyarakat.

Laporkan insiden atau kandungan yang bersifat hasutan, provokasi ataupun yang menghina kepada MCMC melalui portal Aduan MCMC di pautan https://aduan.skmm.gov.my/. Orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat atau melaporkan berita palsu melalui pautan https://sebenarnya.my/salur/ .

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram