Tangkap layar rakaman memaparkan aksi suspek ketika menyorokkan telur.

TULAR aksi seorang lelaki yang menunggang sebuah motosikal mahal tetapi bertindak mencuri telur di sebuah kedai runcit.

Kejadian berlaku di Jalan Kebon Agung, Sleman, Yogyakarta, kelmarin.

@utusantvofficial

Ingat kat Malaysia ja kurang telur, sanapun kurang gamaknya 🤣. Kejadian di Yogyakarta. #fyp #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #indonesia

♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV

Memetik laporan Tribun Medan, suspek dipercayai telah membeli beras di kedai runcit sebelum berpura-pura melihat telur.

Bagaimanapun, apabila juruwang mengalihkan perhatian, suspek terus memasukkan telur ke dalam plastik lalu disorokkan di belakang di dalam bajunya.

Suspek kemudian berpura-pura membuka ruangan tempat duduk motosikal dan memindahkan telur yang dicuri bersama beras.

Baca artikel ; Pencuri tertidur sebelum ditangkap tauke kedai makan

Selepas kegiatan mencuri telur berjaya, suspek dilihat meninggalkan kedai runcit tersebut.

Aksi yang dirakam kamera litar tertutup itu kemudian mendapat kecaman netizen selepas dimuat naik ke media sosial sejak semalam.

Lelaki itu terpaksa jalan secara mengundur bagi memastikan tembelang dia mencuri telur tidak terbongkar.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram