Enam faktor besar punca BN kalah teruk PRU-15

Dari Penulis

OLEH: DATUK SERI WAN AHMAD WAN OMAR 

  1. Lewat bubar Parlimen.
    Sepatutnya pembubaran Parlimen boleh dibuat sebaik sahaja memorandum persefahaman (MoU) tamat pada 31 Julai 2022. Pengundian pada akhir Ogos.

UMNO/BN meminta Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membubarkan Parlimen sebaik sahaja BN memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya negeri Johor dan Melaka. Semangat jentera dan momentum kemenangan kuat dan bersedia. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga sewajarnya bersedia untuk menjalankan PRU-15.

Tetapi atas sebab perselisihan pendapat dalam kepimpinan UMNO, pembubaran hanya berlaku pada 10 Oktober 2022. Kesilapan yang sama dilakukan BN samasa memanggil PRU-14 yang sepatutnya boleh diadakan pada 2017.

Kelewatan setahun memberi ruang yang panjang untuk PH yang ketika itu dipimpin oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menggunakan isu-isu besar saperti IMDB dan meningkatkan kesiapsiagaan jentera menghadapi BN di seluruh negara.

Kesilapan yg sama berulang tahun ini. PRU terbaik dipanggil semasa pihak lawan PN dan PH belum bersedia.

Baca artikel berkaitan: Pemimpin BN, PN kunci mulut mengenai pertemuan pasca PRU-15

  1. Pergeseran dalaman peringkat kepimpinan BN menyebabkan BN menyertai PRU-15 dalam keadaan yang bercelaru dan tidak bersatu. Ini membawa kepada kesilapan strategi dan tindakan seperti langkah Pengerusi BN menukar nama-nama besar yang boleh menang, dengan muka baharu yang belum bersedia. Tindakan tersebut membawa parah, parti berpecah, jentera menjadi lemah bercelaru dan undi berpecah.
  2. Kemasukan pengundi baharu / pengundi muda pertama kali (6 juta) yang jelas menolak BN dan berpihak kepada PH dan PN. Isu-isu integriti dan persepsi rasuah yang dikaitkan dengan kepimpinan UMNO telah membuat BN menjadi defensif dan meningkatkan kemarahan pengundi secara umum.
  3. Golongan pengundi 18-20 melihat Bersatu dan PAS (PN) sebagai parti Melayu/ Islam yang bersih sebagai pilihan khususnya di Perlis, Kedah, Kelantan, Terenganu dan Pahang. BN kurang berjaya menarik minat pengundi muda dengan janji-janji kemakmuran dan kestabilan. Rata-rata pengundi muda Melayu menolak BN dan berpihak kepada PN dengan kehadiran PAS yang dianggap parti bersandarkan Islam dan bersih.
  4. Penggunaan dan strategi kempen melalui media sosial menggunakan platform TikTok, Tweeter, Instagram dan lain-lain di pihak PN yang keseluruhannya lebih berjaya berbanding BN, walaupun terdapat hantaran bersifat fitnah, tidak beretika dan perkauman.
  5. Integriti dan rasuah menjadi isu utama tidak berupaya ditangkis oleh BN. BN tidak dapat menjawab dan menjadi defensif. Pilihan pengundi Melayu antara PN dan BN menjadi lebih mudah.

Akibatnya berlaku tsunami pengundi Melayu secara besar-besaran daripada BN kepada PN. Peralihan pengundi tradisi BN kepada PN menyebabkan BN mendapat undi popular terendah iaitu sebanyak 3.45 juta manakala PN 4.67 juta.

Penulis adalah bekas Timbalan Pengerusi SPR

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Mahfuz dakwa Onn Hafiz kaitkan istana dengan politik

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfuz Omar menegur tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengaitkan...

More Articles Like This