Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Istana Negara, Kuala Lumpur, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

PERBINCANGAN Khas Majlis Raja-Raja Melayu yang bermula sejak awal pagi bagi membincangkan pembentukan kerajaan persekutuan berakhir dalam tengah hari tadi.

Majlis Raja-Raja Melayu memutuskan untuk melantik Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Ke-10.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Yang di-Pertuan Agong telah memberi perkenan berhubung pelantikan tersebut selepas memperhalusi titah pandangan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu.

Jelas beliau, proses seterusnya adalah Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri pada jam 5.30 petang ini.

Perbincangan di antara lapan Raja-Raja Melayu itu dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan Yang di-Pertuan Negeri Sembilan, Tuanku Mukhriz Tuankku Munawir adalah yang terawal meninggalkan Istana Negara, pada jam 11.58 pagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram