Sabar KJ pemilihan parti tak lama lagi, jawab Ahmad Zahid selepas dibidas

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan Khairy Jamaluddin supaya bersabar kerana pemilihan parti bakal diadakan tidak lama lagi.

Perkara itu dinyatakan Ahmad Zahid sebagai jawapan balas kepada kenyataan Khairy yang membidas beliau berhubung pembentukan kerajaan baharu pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Jawatan-jawatan dalam parti sesiapa pun boleh bertanding nanti. Sabar saudara KJ, tunggu pemilihan tak sampai 6 bulan pun.

“Seluruh perwakilan akar umbi umno juga sudah tidak sabar mahu mengundi calon pilihan mereka,” katanya.

Baca artikel lain: PN setuju bentuk Kerajaan Perpaduan

Terdahulu, Khairy menegaskan, pembentukan kerajaan baharu tidak boleh melibatkan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu yang dakwanya tiada keabsahan moral.

Tegasnya, kenyataan itu dikeluarkan kerana beliau masih lagi ahli UMNO dan berhak untuk bersuara demi kepentingan parti.

“Perundingan pembentukan kerajaan baharu tidak boleh melibatkan Zahid Hamidi. Beliau tiada lagi keabsahan moral selaku Presiden UMNO dan mesti undur segera.

“He may be President in name, but he has no moral authority left to decide on behalf of UMNO. Kenapa sekarang baru nak bersuara? 2018 saya lawan Zahid untuk Presiden UMNO. Lepas tu banyak kali cakap dia kena beri laluan.

“Kau kalah tak payah komen. Saya masih ahli UMNO. Ahli UMNO ada hak bersuara,” katanya dalam status di laman Facebook beliau, semalam.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hospital Melaka jadi penanda aras nasional, terima peruntukan khas RM1.6 juta

HOSPITAL Melaka akan dijadikan penanda aras mandatori bagi pelaksanaan model pengurusan hospital di seluruh negara susulan kejayaannya mengurangkan kesesakan...

More Articles Like This