Sebahagian 309 pegawai meraikan kejayaan menamatkan latihan Persijilan Tahap 1 bagi tiga program persijilan AADK sepanjang Tahun 2021.

SERAMAI 309 pegawai berjaya menamatkan latihan Persijilan Tahap 1 bagi tiga program persijilan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sepanjang Tahun 2021.

Tiga persijilan tersebut ialah Sijil Amalan Pendidikan Pencegahan (CPE), Sijil Amalan Rawatan dan Pemulihan (CPP) serta Sijil Amalan Penguatkuasaan (CEP).

Ketua Pengarah AADK, Tuan Sutekno Ahmad Belon berkata, bagi memenuhi kriteria persijilan tahap 1, pegawai perlu melalui latihan masing-masing empat modul bagi CPE dan CPP manakala tiga modul bagi CEP.

Kata beliau, program persijilan yang ditawarkan oleh PLAK AADK adalah bersifat komprehensif dan berkualiti dalam tiga bidang teras AADK bermula daripada Peringkat Asas (Tahap 1), Pertengahan (Tahap 2), Lanjutan (Tahap 3) dan Kepakaran (Tahap 4) dengan jumlah keseluruhan sebanyak 12 program persijilan.

“Berpaksikan moto ‘Pemangkin Tradisi Kepakaran’ dan tema ‘Di Sini Lahirnya Pegawai Agensi Bertauliah’, Pusat Latihan AADK yang kini telah menjangkau usia 18 tahun dengan matlamat penubuhannya sebagai sebuah institusi latihan yang bersifat memenuhi tanggungjawab agensi berjaya melahirkan pegawai agensi yang mempunyai pentauliahan dalam tiga bidang teras utama agensi.

“Kejayaan itu sekali gus menyaksikan Pusat Latihan AADK kekal dengan objektif awal penubuhannya untuk melahirkan lebih ramai tenaga profesional AADK yang mampu memimpin masyarakat serta membangun negara.

“Dengan lakaran sejarah ini, Pusat Latihan AADK terus bergerak secara proaktif dan agresif untuk menuju sebuah pusat kemerlangan yang berkualiti dan melahirkan pegawai agensi yang berpengetahuan dan kompeten dalam perkhidmatan Rawatan dan Pemulihan, Pendidikan Pencegahan dan Penguatkuasaan Antidadah,” katanya.

Baca artikel lain: Sistem sokongan AADK faktor kejayaan kepulihan klien

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pentauliahan Persijilan AADK 2022 di Pusat Latihan AADK pada Khamis.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Chan Hong Jin, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Datuk Dr Muhamad Sade Mohammad Amin dan Pengerusi Lembaga Penasihat Pusat Latihan AADK, Dr Sabri Zainudin @ Zainol.

Dalam pada itu, Tuan Sutekno berkata, pencapaian pegawai AADK dalam program berkenaan menjadi tanda aras penting kepada AADK bagi meyakinkan klien, keluarga dan komuniti mengenai mutu perkhidmatan yang AADK tawarkan dalam institusi dan komuniti.

Sehubungan itu, menurut beliau, telah menjadi tanggungjawab AADK untuk meyakinkan mereka menerima perkhidmatan yang AADK sediakan sama ada melalui saluran in-situ, mobile ataupun online.

“Cabaran kita untuk mendepani masalah penyalahgunaan dan penagihan dadah nanti semakin kompleks.

“Melalui Program Persijilan ini, AADK sentiasa berusaha memberi ilmu dan kemahiran yang terbaik, terkini dan berasaskan pembuktian (evidence-based) kepada pegawai-pegawai AADK dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada klien, keluarga dan komuniti kita,” jelasnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram