Tak sabar tunggu giliran, Lamborghini kena langgar pikap ketika membelok

Dari Penulis

TULAR di Thailand sejak semalam dua klip video memaparkan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4X4) melanggar Lamborghini merah ketika membelok ke kanan.

Kejadian berlaku di persimpangan lampu isyarat berdekatan Lapangan Terbang Sukhothai di utara Thailand pada pukul 6 petang semalam.

Memetik laporan The Thaiger, kemalangan berlaku sewaktu pemandu Lamborghini bersama beberapa buah kereta mewah berkonvoi untuk ke Sukhotai.

Menerusi rakaman yang dimuat naik oleh pengguna media sosial, jelas dilihat pemandu Lamborghini merah telah memotong barisan kenderaan lalu membelok ke kanan sewaktu isyarat lampu kuning.

Malangnya, Lamborghini tersebut dilanggar sebuah pikap yang datang dari arah bertentangan sehingga menyebabkan kenderaan berpusing.

Mengulas lanjut, seorang pengguna media sosial mendakwa pemandu Lamborghini telah memarahi pemandu 4X4 yang merupakan ibu saudaranya kerana mengakibatkan kemalangan.

Malah, warganet juga meluahkan kebimbangan sekiranya pihak polis akan meletakkan kesalahan kepada pemandu 4X4.

Baca artikel : Wanita Ford Ranger langgar Lamborghini hijau ditahan polis

Bagaimanapun, Jurucakap Balai Polis Sawan Kalok dalam kenyataan berkata, kedua-dua pemandu telah bersetuju untuk menyelesaikan kes itu dengan memberikan pampasan.

Pemandu Lamborghini dilaporkan membayar pampasan dan kos membaiki kepada pemandu pikap.

Malah, tiada pertuduhan dikenakan terhadap pemandu Lamborghini itu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PM umum peruntukan tambahan RM1 juta Tabung Kasih@HAWANA

BAGI menyokong kebajikan pengamal media di negara ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan tambahan...

More Articles Like This