DAP disaran untuk memohon maaf kepada masyarakat Melayu Islam di negara ini seperti mana mereka lakukan kepada rakyat Sarawak, semalam.
Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin melihat perkara itu wajar dilakukan ekoran parti itu sering menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat khususnya orang Melayu Islam.
Katanya lagi usaha memohon maaf ini sejajar dengan pembentukan kerajaan baharu iaitu Kerajaan Perpaduan.
“Memandangkan DAP bersama kerajaan baharu ini, saya mencadangkan mereka juga memohon maaf kepada masyarakat muslim juga Melayu negara ini seperti yang mereka telah lakukan permohonan maaf kepada GPS di Sarawak.
“Ini diharapkan dapat meredakan perasan masyarakat majoriti negara ini dan memulakan azam yang lebih baik dengan menjaga sensitiviti umat Islam dan Masyarakat Melayu negara ini.
“Jika DAP enggan, mereka kelihatan sama sahaja dengan identiti DAP yang Umat Islam resah dan tolak sebelum ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau, hari ini.
Baca artikel lain: DAP mohon kemaafan pada rakyat Sarawak – Anthony Loke
Mohd Asri juga merasakan parti politik yang mempunyai dominasi muslim perlu menyertai kerajaan baharu ini.
“Saya merasakan untuk keharmonian negara, eloklah parti lain dan semua pihak memberikan ruang dahulu kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10 ini melaksanakan agenda pemerintah beliau.
“Selagi tiada zahir kemungkaran atau mafsadah ke atas rakyat, tiada alasan untuk sesiapa membantah atau mengganggu pemerintahan,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

