Bagi yang buntu nak masak apa hari ini, apa kata anda cuna resipi nasi tomato yang menyelerakan ini. Sangat senang dan bahan pun mudah didapati. Jom cuba!

BAHAN-BAHAN:
250 gm daging (potong kiub)
300 gm beras basmathi (cuci dan tuskan)
2 biji tomato
3 sudu besar minyak sapi
1 cawan susu cair
1/2 tin kecil tomato puri
8 ulas bawang merah (hiris dan goreng)
1 sudu besar badam (hiris dan goreng)
360 ml air rebusan daging
Garam secukupnya

BAHAN B:
1 sudu kecil ketumbar
1/2 sudu kecil jintan manis
3 ulas bawang putih
2 sm halia

BAHAN C:
2 labu bawang besar (hiris)
4 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis

CARA MENYEDIAKAN:
1.Panaskan minyak sapi dan tumis bawang besar hingga layu. Masukkan bahan C dan B, tumis sehingga naik aromanya.
2.Masukkan daging dan biarkan daging empuk. Tambahkan tomato, tomato puri, susu cair, air rebusan dan garam secukup rasa. Bila sudah mendidih masukkan beras.
3.Tanak beras sehingga masak. Ketika hendak menghidang taburkan bawang goreng serta badam goreng.

*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram