Isu video bercium di kelab malam, Ismail Izzani akui kesilapan

Dari Penulis

SETELAH beberapa hari mengunci mulut akhirnya penyanyi Ismail Izzani secara terbuka mengakui kesilapan dirinya selepas video seorang lelaki mirip wajahnya sedang bercium dan berpelukan dengan wanita seksi di kelab malam tular di media sosial.

Menerusi kenyataan di Instagram Story, Ismail berkata, dia tidak perlu menjelaskan perkara berkenaan kerana menganggap tiada siapa yang peduli.

ARTIKEL BERKAITAN: Instagram ibu Ismail Izzani pun jadi mangsa ‘serangan’ netizen – “…tengok nanti anak awak macam mana…,”, [VIDEO] Penyanyi lelaki ‘kantoi’ cium, peluk wanita seksi di kelab malam! , Ismail Izzani dikaitkan dengan video tular bercium di kelab malam, netizen ‘serang’ Instagram

“Kepada semua di luar sana, apa yang terjadi saya kini memandang ke hadapan dan akan perbaiki diri.

“Biar keluarga dan kawan-kawan yang tahu…dah lebih daripada cukup. Saya tidak perlu menjelaskan apa-apa kerana tiada siapa yang kisah selain saya enggan membuang masa.

“Saya mengaku kesalahan dan sebagai manusia biasa, saya sentiasa ingat di mana saya berdiri. Buruk atau baik, saya masih lagi jadi diri sendiri,” tulisnya.

Sementara itu, Ismail menyangkal laporan dirinya mengelak daripada ditemu ramah oleh pihak media selepas selesai membuat persembahan bersama Naim Daniel menerusi lagu Habis Sini di Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-37 (SFMM37) yang berlangusng di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, petang tadi.

Difahamkan, Ismail pulang lebih awal dan melarikan diri meskipun majlis masih bersiaran langsung kerana enggan menjawab soalan berhubung video panas yang mengaitkan dirinya.

“Saya ingin jelaskan, saya tidak lari daripada pihak media. Saya cuma tidak mahu membuang masa menjelaskan kontroversi tersebut kerana sudah mengakui kesalahan saya,” katanya.

Terdahulu, video kontroversi yang berdurasi tujuh saat itu menyaksikan lelaki bermirip Ismail dipercayai dalam keadaan mabuk merangkul gadis seksi sambil mengucup pada bahagian pipi dan leher dalam keadaan ghairah.

Lelaki terbabit juga sempat memandang ke arah kamera merakamkan wajahnya dipercayai dalam keadaan ‘lalok’.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pelan Induk JS-SEZ: Bangkitkan isu bukan untuk mencela atau salahkan mana-mana pihak – Onn Hafiz

MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan kenyataan beliau berhubung Pelan Induk Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ) bukan...

More Articles Like This